Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

teknologi yang akan hilang

6 teknologi yang mungkin akan hilang pada masa akan datang

Teknologi telah berkembang dengan pesat sejak beberapa dekad yang lalu. Sepertinya segala teknologi, internet dan penyambungan tanpa wayar sentiasa berkembang setiap hari.

Kepantasan perkembangan teknologi ini juga memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan dan miliki pada hari ini. Segala teknologi yang ada pada hari ini juga akan menjadi agak ketinggalan tanpa kita sedari. Mari kita lihat beberapa teknologi yang mungkin akan hilang dalam masa terdekat, dan mengapa ia terjadi.

 

teknologi yang akan hilang
Unit GPS
Walaupun teknologi ini dikatakan sangat canggih pada masa dahulu, tetapi kini ia telah menjadi agak ketinggalan zaman. Anda perlu mengemas kini jalan secara manual, dan ia tidak mempunyai teknologi pintar untuk memantau trafik. Dan apa yang menjadikan ia semakin ketinggalan zaman ialah kerana hampir semua telefon pintar pada masa kini sudah memiliki aplikasi Google Maps.

 


Kamera Digital
Satu lagi teknologi yang semakin diambil alih oleh telefon pintar. Hanya masa sahaja yang menentukan, sama ada kamera digital ini akan diganti oleh teknologi kamera yang baharu, atau dikuasi oleh telefon pintar sepenuhnya.

 


Kad Kredit & Debit
Sekali lagi, telefon pintar dan aplikasi yang terdapat padanya hampir menghilangkan kegunaan teknologi sedia ada. Sebilangan besar aplikasi pembayaran mudah alih adalah lebih baik dan selamat, berbanding menggunakan kad kredit. Anda mungkin tidak perlu risau untuk kehilangan kad. Ia juga boleh dikatakan sebagai evolusi secara semula jadi.

 


Kunci
Cepat atau lambat sahaja akan menentukan kunci yang digunakan pada hari ini akan diganti dengan sistem biometrik. Tidak ada kunci yang lebih selamat berbanding cap jari sendiri. Anda juga tidak perlu risau kehilangan kunci lagi.

 


Kata Laluan
Seperti kunci, kita juga mungkin akan terlupa kata laluan. Sistem biometrik adalah lebih selamat dan sukar untuk digodam. Kebanyakan orang sudah mula menggunakan sistem biometrik ini pada telefon pintar.

 

teknologi yang akan hilang
Telefon Berwayar
Penggunaan alat komunikasi tanpa wayar seperti telefon pintar telah menjadikan teknologi telefon berwayar ini semakin kelihatan pelik. Kebanyakan rumah dan pejabat perusahaan kecil juga sudah mula tidak menggunakan telefon berwayar.

Baca artikel: 5 pekerjaan yang mungkin tidak akan wujud lagi 10 tahun akan datang

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!