Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

perkara yang perlu dielakkan ketika marah

6 perkara yang perlu dielakkan ketika marah

Kita semua pernah merasa marah. Sehingga kadang-kala kita bertindak mengikut mengikut perasaan, dan kemudian kita menyesalinya.

Banyak tindakan telah dikenal pasti untuk dihindari ketika anda sedang marah. Rasa ingin tahu? Berikut adalah 7 perkara yang perlu dielakkan ketika marah;

 

perkara yang perlu dielakkan ketika marah
Makan
Kebanyakan orang akan mengambil tindakan untuk makan ketika sedang marah. Selalunya makanan yang dipilih ialah makanan yang tidak menyihatkan dan tinggi kandungan kalori, lemak, gula, serta karbohidrat. Tindakan itu semestinya akan menjadikan anda semakin gemuk dan kurang sihat.

 


Luah perasaan di media sosial
Kepuasan sementara yang anda dapat ketika meluah perasaan marah di Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, e-mel dan sebagainya, hanya akan menghantui anda di kemudian hari. Pasti kita akan merasa malu jika telah menggunakan perkataan kesat dan tidak sepatutnya tanpa kita sedari.

 

perkara yang perlu dielakkan ketika marah
Berdebat
Apa yang telah diperkatakan tidak akan dapat ditelan kembali. Peribahasa Melayu juga ada mengatakan bahawa “lidah lebih tajam daripada mata pedang”. Terus berdebat dengan rakan atau pasangan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Sebaiknya ialah anda mengambil sedikit masa untuk bertenang.

 


Memandu
Memandu dalam keadaan marah boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Ia kerana anda mungkin terpengaruh dengan perasaan, hingga menyebabkan anda memandu dalam keadaan yang merbahaya.

 


Alkohol
Meminum minuman beralkohol hanya akan membuat anda menjadi lebih marah dan agresif. Meminum minuman beralkohol juga adalah haram untuk umat Islam.

 


Tidur
Sentiasa pastikan diri anda telah berdamai dengan rakan atau pasangan sebelum tidur. Tidur dengan perselisihan faham yang belum diselesaikan sering memburukkan lagi emosi. Kita juga akan cenderung untuk terjaga dengan perasaan marah.

**Risiko serangan jantung dan strok adalah lebih tinggi ketika sedang marah.

Baca artikel: Cara elak serangan strok

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!