Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

nama popular yang mungkin mempunyai nama berbeza

6 nama popular yang mungkin mempunyai nama yang berbeza

Menamakan sesuatu perkara bukanlah perkara yang mudah. Kebanyakan nama yang difikirkan unik dan sesuai untuk produk ciptaan anda telahpun diambil. Malah ada juga yang menamakan produk dengan nama yang kurang sesuai pada mulanya, tetapi telah menukarnya semula.

Mari kita lihat senarai nama-nama popular yang telah ditukar pada saat akhir.


Google
Laman enjin carian yang paling popular ini pada asalnya diberi nama “BackRub”. Ia memang kedengaran sangat pelik untuk disebut.

 


Pepsi
Minuman ini pada mulanya diberi nama “Brad’s Drink” sebelum dinamakan semula sebagai “Pepsi-Cola” pada tahun 1898. Pada tahun 1961, namanya dipendekkan menjadi “Pepsi” sahaja.

 


Mozilla Firefox
Mulanya mereka menggunakan haiwan yang berlainan pada nama produknya iaitu “Firebird”. Oleh kerana nama tersebut juga digunakan pada jenama gitar dan kereta, mereka telah menukar nama tersebut kepada “Firefox” untuk menjadi lebih unik.

 


Spongebob SquarePants
“Spongeboy” ialah nama asal siri kartun popular ini. Tetapi nama tersebut telah didaftarkan hak cipta oleh syarikat lain, maka mereka telah menukar nama watak kartun ini kepada “Spongebob”.

 


Mr. Bean
Bayangkan Rowan Atkinson dikenali sebagai “Mr. Cauliflower”. Nama “Mr. Cauliflower” itu merupakan salah satu nama yang dicadangkan untuk siri televisyen tersebut, kerana mereka mahukan nama yang berdasarkan pada sayur-sayuran.

 


Hannah Montana
“Alexis Texas” ialah cadangan nama asal untuk siri rancangan Disney ini. Oleh kerana nama “Alexis Texas” itu sama dengan nama seorang pelakon filem dewasa, maka nama tersebut terpaksa diubah kerana mereka tidak mahu menimbulkan kekeliruan di kemudian hari.

Baca artikel: 5 selebriti Hollywood yang bukan berasal dari Amerika Syarikat

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!