Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

makanan untuk kesihatan rambut

6 makanan untuk kesihatan rambut

Masalah rambut gugur  bukan sahaja berlaku kepada golongan wanita, tetapi juga golongan lelaki sehingga menyebabkan kebotakan. Namun anda tidak perlu malu kerana kepala yang botak boleh berfungsi sebagai pemantul cahaya dan menyebabkan silau kepada orang lain.

Sekiranya anda mahu mengelakkan kepala anda menjadi pemantul cahaya yang bergerak, cuba 6 makanan ini untuk kesihatan rambut anda.

 

makanan untuk kesihatan rambut
Tiram
Kandungan zink pada tiram dipercayai mampu membantu pertumbuhan rambut dengan lebih sempurna kerana ia dapat merangsang pertumbuhan rambut.

 

makanan untuk kesihatan rambut
Lobak
Vitamin A yang terdapat pada lobak akan menjadikan rambut tumbuh di kepala anda dengan lebih cepat.

 


Telur
Pelbagai khasiat yang baik boleh diperolehi melalui telur untuk kesihatan rambut anda seperti zink, zat besi, vitamin B dan protein.

 


Ubi Keledek
Bukan sahaja membantu untuk menumbuhkan rambut anda. Tetapi ia juga sumber yang bagus untuk mendapatkan khasiat potasium, natrium, zink dan pelbagai jenis vitamin.

 


Kacang
Kandungan asid lemak omega-3 dalam kacang dipercayai dapat membantu kesihatan rambut anda, selain ia juga mengandungi khasiat vitamin E.

 


Bayam
Mengandungi khasiat zat besi dan beta-karoten, selain vitamin A dan C yang dapat membantu kesihatan anda secara keseluruhannya.

**Pihak kami tidak memberi jaminan makanan ini akan memberi kesan kepada rambut anda. Tetapi mengapa tidak untuk mencubanya!

Baca artikel: 10 jenis hidangan untuk bantu kurangkan berat badan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!