Tumbuhan merupakan salah satu benda hidup yang terdapat di alam semesta. Secara asasnya, segala yang hidup dan berbatang, berakar, berdahan atau berdaun boleh dikategorikan sebagai tumbuhan.
Sehingga kini, dianggarkan terdapat lebih 350,000 spesies tumbuhan di dunia. Manakala di Malaysia sahaja terdapat lebih kurang 17,631 spesies menurut Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 2017.
Kepelbagaian jenis tumbuhan ini juga pasti memiliki kelebihan dan keunikannya yang tersendiri. Berikut disenaraikan 5 tumbuhan paling unik di dunia yang mungkin tidak diketahui ramai.

Rafflesia atau Bunga Pakma merupakan sejenis tumbuhan yang aneh. Apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Tacca Chantrieri juga dikenali dikenali sebagai Bunga Kelawar Hitam. Apa yang menjadikan tumbuhan ini unik ialah kerana rupa parasnya yang menyeramkan dan berwarna hitam sehingga ada yang menggelarkannya sebagai bunga syaitan.

Dracula Simia atau Monkey Face Orchid merupakan sejenis pokok orkid yang memiliki wajah seperti monyet. Ia memiliki bau seperti buah oren dan tumbuhan ini juga memiliki pelbagai warna seperti ungu, merah, merah jambu, jingga, biru, putih, coklat dan hijau.

Lamprocapnos spectabilis atau Bleeding Hearts ini memiliki bentuk seperti hati yang sedang berdarah. Ia biasanya tumbuh di Siberia, China, Korea dan Jepun.

Hydnora africana merupakan tumbuhan dari keluarga Hydnoraceae yang bersifat parasit. Ia juga mengeluarkan bau yang busuk seperti najis.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
10 tanda kucing sayangkan anda
Rahsia pada rekaan pakaian yang tidak diketahui ramai
Kenapa bermain dengan anak patung adalah penting untuk kanak-kanak?