Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

wad kecemasan

5 tanda anda perlu segera ke wad kecemasan

Anda tidak perlu menjadi doktor untuk mengetahui simptom yang memerlukan anda mendapatkan rawatan segera di hospital. Jika anda mengalami masalah sakit di bahagian dada atau tiba-tiba bahagian wajah anda terkulai, segeralah ke wad kecemasan kerana anda mungkin mengalami sakit jantung atau strok.

Perhatikan 5 tanda berikut untuk memastikan tahap kesihatan atau ahli keluarga anda sebelum pergi ke wad kecemasan.

  1. Sakit dada dan berpeluh
    Dada terasa seperti ada gajah yang mendudukinya dan berpeluh walaupun dalam keadaan sejuk. Jika anda mengalami 2 simptom ini secara serentak, ia adalah petanda bahawa anda sedang mengalami serangan jantung.
  2. Kesukaran bercakap
    Walaupun strok biasanya menyebabkan bahagian wajah atau lengan anda menjadi lemah, ia juga boleh menyebabkan anda menjadi susah untuk bercakap. Segeralah ke hospital walaupun anda hanya mengalami salah satu daripada simpton penyakit strok tersebut.
  3. Kelawar di dalam bilik ketika bangun tidur
    Walaupun tiada simpton terhadap tahap kesihatan anda, bangun tidur dengan terdapatnya kelawar di dalam bilik tidur ialah satu alasan untuk anda ke wad kecemasan di hospital. Terdapat risiko anda mungkin dijangkiti rabies dari kelawar, dengan hanya berada di dalam bilik yang sama dengan haiwan tersebut.
  4. Kesukaran bernafas
    Kesukaran bernafas terutamanya selepas perjalanan panjang, seperti menaiki penerbangan atau duduk di dalam kereta untuk satu tempoh masa yang lama boleh meningkatkan risiko pembekuan darah.
  5. Bacaan gula yang tinggi
    Khusus untuk pesakit diabetis yang memiliki mesin bacaan gula. Jika mesin bacaan gula anda menunjukkan bacaan yang tinggi, ia sememangnya memerlukan anda untuk segera ke wad kecemasan.

Baca artikel: Cara elak serangan strok

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!