Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Seni mempertahankan diri

5 seni mempertahankan diri yang harus dipelajari

Tujuan utama mempelajari seni mempertahankan diri semestinya untuk melindungi diri daripada ancaman fizikal pihak lawan seperti buli, ragut, rompak dan sebagainya.

Malah ia juga dapat menjadikan diri anda lebih sihat dan cergas kerana ia merupakan satu bentuk senaman yang bagus untuk menguatkan tubuh badan.

Disiplin dan kekuatan mental juga dapat dibentuk melaluinya kerana anda pasti berasa lebih yakin pada diri setelah mengetahui kemampuan diri yang sebenar.

Berikut disenaraikan 5 seni mempertahankan diri yang harus dipelajari;

Seni mempertahankan diri
1. Silat

Silat merupakan seni bela diri tradisional yang berasal dari rantau Nusantara. Seni ini dianggarkan telah berusia ratusan tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi sejak abad ke-17, tetapi asal-usulnya masih tidak dapat dipastikan lagi. Pergerakan silat pula terbahagi kepada dua iaitu bunga (seni tari) dan buah (pukulan).


2. TaeKwonDo

Taekwondo yang berasal dari Korea ini merupakan sukan terbaik untuk meningkatkan kekuatan teras, fleksibiliti dan ketangkasan. Seni bela diri ini juga dianggap sebagai salah satu sukan seni bela diri paling popular di dunia. Kini ia telah disenaraikan sebagai salah satu sukan di temasya Olimpik, bermula tahun 2000 di Sydney.


3. Karate

Karate memberikan tumpuan kepada ketepatan dan kepantasan, selain menggalakkan penekanan pada kekuata fizikal serta bersesuaian dengan rohani. Seni ini juga dikatakan mampu memberikan ketenangan pada fikiran dan emosi.


4. Muay Thai

Muay Thai yang dikenali pada hari ini berasal dari negara Thailand dengan versi yang lebih canggih dari gaya yang sebelumnya. Dahulunya ia dikenali sebagai Muay Boran, tetapi dengan versi yang disifatkan sebagai terlalu kejam untuk dipelajari.


5. Jiu-Jitsu

Seni bela diri yang berasal dari Brazil ini sangat sesuai untuk orang yang bertubuh kecil. Dengan menggunakan beberapa teknik tertentu membolehkan orang bertubuh kecil untuk membalas serangan dari orang yang bertubuh besar.


Baca artikel: Tiru amalan yang sering dilakukan jutawan jika mahu berjaya

Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!