Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

selebriti Hollywood yang bukan berasal dari Amerika Syarikat

5 selebriti Hollywood yang bukan berasal dari Amerika Syarikat

Ramai orang menyangkakan pelakon terkenal di Hollywood sebagai warga Amerika Syarikat. Ia kerana kita beranggapan orang yang banyak menghabiskan masa di Hollywood itu lahir atau membesar di sana.

Tanggapan anda itu sebenarnya adalah amat salah. Mari kita lihat senarai 5 selebriti Hollywood paling popular yang bukan berasal dari Amerika Syarikat.

selebriti Hollywood yang bukan berasal dari Amerika Syarikat

Keanu Reeves
Keanu berasal dari negara jiran kepada Amerika Syarikat, iaitu Canada. Pelakon ini telah berlakon dalam beberapa filem popular di Hollywood seperti John Wick, The Matrix, Constantine, Siberia dan banyak lagi.

 

📷 : Instagram @dobledebruce

Bruce Willis
Ini mungkin agak sukar untuk dipercayai. Bruce yang merupakan kelahiran Jerman ini tetap dianggap sebagai hero Amerika, terutamanya melalui filem Die Hard.

 

Mila Kunis
Walaupun dia bercakap tanpa loghat, Mila Kunis sebenarnya orang Ukraine dan tidak pernah menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat sehingga dia berusia 7 tahun.

 

Christian Bale
Christian Bale telah menetap di Amerika Syarikat sejak berusia 17 tahun, tetapi dia sebenarnya orang Inggeris walaupun dilahirkan di Wales. Dia juga menghabiskan zaman kanak-kanaknya di Wales, England dan Portugal.

 

📷 : Instagram @charlizeafrica

Charlize Theron
Seorang yang sangat fasih berbahasa Inggeris, tetapi sebenarnya dilahirkan di Afrika Selatan. Kali pertama Charlize keluar dari negara Afrika Selatan ialah ketika berusia 16 tahun. Pada tahun 2007, dia telah menjadi penduduk tetap di Amerika Syarikat, dan masih mengekalkan kewarganegaraannya di Afrika Selatan.

Baca artikel: Gadis popular di Bigo Live, Eyya kini bergelar penyanyi

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!