Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

C. Sree Abiraame

5 pingat emas bukti C. Sree Abiraame bukan biasa-biasa

Nama Malaysia sekali lagi diharumkan pada peringkat antarabangsa apabila atlet cilik C. Sree Abiraame melakarkan kemenangan yang mengagumkan.

5 pingat emas yang dimenangi oleh C. Sree Abiraame pada usia 7 tahun di kejohanan Middle East 4th Official ISI International Skating yang berlangsung di Abu Dhabi, UAE bukti beliau bukan biasa-biasa.

Acara yang dimenangi oleh C. Sree ialah Speed Skating, Solo Comp Freestyle, Freestyle 1, Freestyle 1 Footwork dan Artistic Freestyle 1.

Namun kemenangan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana 2 bulan lalu, C. Sree telah memenangi 4 pingat emas pada kejohanan Jelajah Asia. Semoga adik C. Sree berjaya membawa pulang lebih banyak pingat emas untuk negara Malaysia pada masa hadapan.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!