Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

5 pekerjaan yang mungkin tidak akan wujud lagi 10 tahun akan datang

Pernahkah anda membayangkan pekerjaan yang anda lakukan sekarang tidak akan wujud lagi pada 10 tahun akan datang? Atau keseluruhan industri bidang pekerjaan yang anda lakukan akan pupus.

Malah tidak banyak syarikat yang mampu kekal mengikut peredaran zaman. Ia mungkin disebabkan oleh faktor ekonomi, kehendak pengguna dan teknologi yang baharu.

Kepupusan beberapa bidang pekerjaan tidak bermakna ramai yang akan menganggur pada masa hadapan. Tetapi ia juga akan membuka peluang kepada beberapa bidang pekerjaan yang baharu jika anda mahu berubah dan menerima perubahan tersebut.

Berikut disenaraikan 5 bidang pekerjaan yang perlu anda pertimbangkan jika mahukan karier untuk jangka masa panjang.

Jurutol
Pekerjaan ini seperti telah hampir pupus di Malaysia. Ia disebabkan kecanggihan teknologi seperti Touch n Go, RFID dan Smart Tag. Jurutol yang tinggal kini kebanyakannya hanya bertugas di lorong tol tambah nilai sahaja.

Juruwang
Pekerjaan yang hampir menerima nasib seperti jurutol. Tetapi ia lebih tertumpu kepada juruwang di pasaraya kerana kebanyakan pasaraya yang bertaraf antarabangsa telah menyediakan kaunter pembayaran layan diri.

Pemandu teksi
Pemandu teksi perlu mengikuti perkembangan teknologi terkini. Ia disebabkan banyak kemudahan baharu yang boleh didapati dengan lebih mudah seperti ‘grab’ untuk memudahkan perjalanan seseorang.

Penerbitan dan Percetakan
Bukan lagi perkara yang mengejutkan. Malah sekarang juga telah banyak syarikat penerbitan yang gulung tikar, terutamanya yang berkaitan dengan berita dan hiburan. Pembaca pula lebih gemar mendapatkan maklumat secara percuma melalui media digital.

Posmen
Kemudahan emel dan kecanggihan teknologi yang lain menyebabkan perkhidmatan pos semakin dilupakan. Malah ia kini perlahan-lahan telah bertukar menjadi seperti syarikat perkhidmatan kurier.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!