Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

filem yang berjaya ramal masa hadapan

5 filem Hollywood yang berjaya ramal masa hadapan

Pernahkah anda menonton filem yang meramal mengenai masa hadapan? Berapa banyak perkara yang pernah dipertontonkan dalam filem dan menjadi kenyataan? Benarkah filem-filem tersebut meramal masa hadapan atau mungkin revolusi teknologi pada masa kini banyak diilhamkan melalui filem?

Mari kita lihat senarai filem Hollywood yang berjaya meramal masa hadapan dengan hampir tepat.

filem yang berjaya ramal masa hadapan
Back To The Future Part II (1989)
Filem Back To The Future ini telah memperkenalkan banyak peranti canggih walaupun kebanyakannya masih tidak berjaya dicipta seperti kereta DeLorean yang mampu merentas masa. Namun kaca mata yang dilengkapi dengan telefon bimbit dalam filem ini kelihatan seperti sesuatu yang biasa kita lihat pada hari ini.

 


Minority Report (2002)
Pada tahun 2002, pengarah filem Steven Spielberg menghasilkan filem futuristik tahun 2054 dengan baik sekali. Antara teknologi hebat yang diperkenalkan pada filem itu ialah pengiklanan. Filem itu menunjukkan bagaimana iklan yang dipaparkan adalah berbeza mengikut individu. Ia kelihatan seperti iklan yang dipaparkan dalam kebanyakan laman web pada hari ini. Selain itu, filem ini juga memperkenalkan sistem kawalan paparan komputer melalui pergerakan.

 


Total Recall (1990)
Filem Total Recall telah memperkenalkan kereta tanpa pemandu, walaupun mereka masih menggunakan robot yang kelihatan seperti manusia sebagai pemandu dalam filem tersebut. Pada hari ini, banyak pengeluar kereta telah berjaya mencipta kereta tanpa pemandu. Namun teknologi tersebut masih belum dapat digunakan secara meluas. Mungkin kerana kos pembinaan kereta tersebut sangat mahal, selain masalah birokrasi yang lain seperti tahap keselematan, cukai jalan dan sebagainya.

 


Cable Guy (1996)
Dalam filem tersebut, pelakon Jim Carrey ada menyebut sesuatu yang benar-benar berlaku pada hari ini. Antara dialog yang disebutnya ialah “Satu masa nanti, semua orang akan menggabungkan televisyen, telefon dan komputer untuk mengunjugi Louvre di satu saluran, dan menonton gusti di saluran lain. Mereka juga akan membeli belah dari rumah, dan bermain permainan video Mortal Kombat dengan rakan di Vietnam.”

 


The Net (1995)
Ketika filem The Net dihasilkan, penggunaan internet moden masih lagi dalam peringkat awal. Tetapi filem ini telah meramalkan kemampuan internet untuk memesan makanan tanpa meninggalkan rumah, dan tanpa bercakap dengan siapa pun.

Baca artikel: 5 selebriti Hollywood yang bukan berasal dari Amerika Syarikat

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!