Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

destinasi paling unik

5 destinasi paling unik di dunia

Dunia ini adalah penuh dengan keajaiban. Setiap tempat yang kita kunjungi pastinya akan memberikan pengalaman berbeza kerana memiliki keunikannya tersendiri.

Jika anda suka meneroka perkara yang baharu, bolehlah anda mengunjungi tempat-tempat menarik seperti berikut kerana ia boleh dikatakan sebagai 5 destinasi paling unik di dunia untuk dikunjungi.


1. Yakutsk, Russia
Yakutsk adalah ibu kota Republik Sakha, Rusia, dan dianggap sebagai antara destinasi paling unik di dunia kerana faktor cuacanya yang sejuk. Suhu purata di Yakutsk adalah sekitar -8.8°c, dan boleh mencecah sehingga -40°c. Pada musim panas iaitu sekitar bulan Julai, kawasan itu hanya akan mencapai suhu sekitar 19.5°c sahaja.


2. Neft Daşları, Azerbaijan
Secara dasarnya, Neft Daşları hanyalah kepingan besi yang terapung dan dikimpal di tengah Laut Kaspian. Ia bermula pada tahun 1945 apabila USSR menemui minyak di sekitar lautan Azerbaijan, dan mereka mula membina pelantar minyak (offshore). Apabila lebih banyak minyak yang ditemui di kawasan sekitar, pelantar itu mula menjadi lebih besar.


3. Coober Pedy, Australia
Sebuah kawasan yang terletak di bawah tanah. Ia juga diberikan gelaran sebagai ‘The Opal Capital of the World’. Nama Coober Pedy ini pula berasal dari istilah Orang Asli di sana, iaitu kupa-piti yang bermaksud ‘lubang orang putih’ kerana kawasan penempatan di situ terletak di bawah tanah.

destinasi paling unik
4. Venice, Itali
Venice juga dikenali sebagai ‘Kota Tenggelam’. Bandar ini secara perlahan-lahan telah mula ditenggelami oleh Laut Adriatik sejak bermulanya awal abad ke-20. Nikmatilah keindahan pemandangan dan sejarah bandar ini sebelum ia ditenggelami oleh lautan sepenuhnya.


5. Quibdó, Colombia
Colombia memiliki beberapa kawasan yang boleh dianggap sebagai penerima purata hujan terbanyak di dunia. Namun bandar Quibdó dianggap sebagai bandar penerima purata hujan tahunan terbanyak di dunia, dengan purata 7,328mm. Bandar yang pernah menjadi hab perdagangan hamba dan terletak di tebing Sungai Atrato, serta dikelilingi oleh hutan hujan tropika ini dianggarkan memiliki populasi sekitar 125,000 orang.

destinasi paling unik
6. Taiping, Malaysia
Mungkin bukan antara yang terunik di dunia, tetapi boleh dikatakan sebagai paling unik di Malaysia. Taiping yang terletak di negeri Perak Darul Ridzuan juga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pernah menjadi ibu negeri Perak sekitar tahun 1876 hingga 1937. Pada tahun 2019, Taiping telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018. Malah Taman Tasik Taiping juga diwartakan sebagai taman warisan negara. Selain itu, ia juga merupakan kawasan tadahan hujan terbanyak di Malaysia, apabila menerima purata hujan tahunan sekitar 4,000mm, sementara kebanyakan kawasan lain di semenanjung Malaysia hanya menerima purata hujan tahunan sekitar 2,000mm hingga 2,500mm sahaja.

Baca artikel: 8 perkara yang boleh dilakukan ketika bercuti di rumah

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!