Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Lipas

4 cara mudah untuk menghalau lipas

Lipas merupakan serangga yang kotor dan mudah untuk membiak, selain boleh mengakibatkan keracunan makanan jika ia telah memakan makanan kita. Malah lipas ini juga suka terbang dan menganggu ketenteraman awam.

Kalau dia tak bergerak memang lipas. Tapi kalau dia dah terbang tu namanya khinzir!

Mungkin anda pernah mendengar ungkapan ini? Terutamanya dari golongan yang takut atau geli pada lipas ini. Tetapi bagaimanakah cara mudah untuk menghalau lipas? Amalkan tip-tip berikut supaya kehidupan anda lebih tenang tanpa lipas.

Daun pandan
Letakkan hirisan daun pandan di dalam bekas yang memiliki saluran udara dan letak ia di tempat yang terdapatnya lipas. Bau daun pandan akan menyebabkan lipas menjauhkan diri dari kawasan tersebut. Cara ini juga amat sesuai untuk digunakan pada kereta kerana selain menghalau lipas, ia juga boleh dijadikan sebagai pewangi kereta.

Lemon
Potong dan letak hirisan lemon di kawasan yang banyak lipas. Lipas akan melarikan diri dari kawasan tersebut jika terkena pada hirisan lemon.

Buah pelaga
Letak beberapa biji buah pelaga di kawasan lipas membiak untuk mengelakkan ia terus membiak.

Timun
Potong hujung timun dan letakkan di tempat yang banyak lipas. Cara ini mampu membunuh lipas dengan perlahan-lahan.

Semoga tip-tip tersebut bermanfaat untuk anda selain mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat. Selamat mencuba.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!