Ramai orang yang suka mengemas rumah. Sekurang-kurangnya ia harus dilakukan sekali dalam tempoh seminggu untuk memastikan rumah bebas daripada kuman dan bakteria. Tetapi anda pasti sering terlupa untuk membersihkan beberapa perkara dan ia mungkin merbahayakan kesihatan kanak-kanak dan binatang peliharaan jika terus dibiarkan tanpa perlu dicuci atau dibersihkan.
Berikut disenaraikan beberapa perkara untuk anda bersihkan untuk menjadikan rumah anda lebih selamat daripada kuman dan bakteria.

Jangan mengibas pakaian yang telah dipakai atau kotor kerana ia boleh membebaskan kuman dan bakteria ke ruang udara di rumah anda. Nasihat ini harus anda ingati terutamanya ketika menguruskan pakaian ahli keluarga anda yang sedang sakit di rumah.

Ramai yang suka menyimpan barangan yang tidak dipakai di dalam kotak untuk mempercepatkan proses mengemas. Tetapi tahukah anda ia bukanlah perkara yang bijak kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan serangga terutamanya nyamuk. Malah kotak-kotak simpanan barang tersebut juga boleh menjadi pusat pengumpulan habuk dan bersawang. Sebaiknya buang sahaja atau jual serta berikan pada sesiapa barangan yang rasanya sudah tidak diperlukan lagi.

Elakkan penggunaan racun untuk menghapuskan nyamuk, lipas, semut dan tikus dengan kerap kerana ia turut boleh menjejaskan kesihatan anda. Banyak lagi cara lain yang anda boleh lakukan seperti memastikan anda menggunakan bekas bertutup rapat untuk menyimpan makanan dan menggunakan tong sampah yang bertutup. Pastikan juga kawasan rumah anda tidak mempunyai air yang bertakung untuk memastikan rumah anda tidak dihadiri oleh serangga dan haiwan perosak tersebut.

Sofa merupakan salah satu tempat yang agak kotor jika tidak dibersihkan. Ia sering mengumpul sisa makanan, peluh, bulu haiwan peliharaan dan pelbagai lagi. Sebolehnya bersihkan sofa tersebut sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua minggu seperti vakum dan cucian kering.

Bantal sering mengumpul daki, peluh dan kulit mati walaupun anda menggunakan sarung bantal. Kini terdapat pelbagai pilihan bantal yang anda boleh basuh dengan menggunakan mesin basuh. Pastikan anda membasuh bantal-bantal di rumah anda sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh setahun. Ia juga dapat membantu anda tidur dengan lebih nyenyak.

Seperti bantal, tilam juga mengumpul pelbagai kesan kotoran. Pastikan anda vakum tilam tempat anda tidur setiap kali ketika menyalin cadar.

Walaupun fungsi mesin basuh ialah untuk membasuh, tetapi anda harus tetap membersihkannya. Gunakan tetapan ‘extra rinse‘ atau ‘clean-out‘ bersama sabun pencuci tanpa memasukkan pakaian ke dalamnya untuk membasuh mesin basuh tersebut.

Sinki tempat anda mencuci pinggan mangkuk boleh menjadi lebih kotor daripada mangkuk tandas di rumah anda jika ianya tidak dibersihkan. Ia kerana pelbagai jenis sisa makanan yang berada di dalamnya setiap kali anda mencuci pinggan mangkuk. Pastikan anda mencuci sinki tersebut dengan kerap untuk memastikan kebersihannya.

Tangan anda sering memegang pelbagai benda yang tidak diketahui tahap kebersihannya dan seterusnya anda memegang tombol pintu tersebut. Hanya gunakan tisu pembasmi kuman untuk mengelap tombol pintu di rumah anda untuk terus memastikan tahap kebersihannya.

Seperti tombol pintu, anda hanya perlu menggunakan tisu pembasmi kuman untuk membersihkannya.

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.
lagendapress@gmail.com
Artikel berkaitan
10 tanda kucing sayangkan anda
Rahsia pada rekaan pakaian yang tidak diketahui ramai
Kenapa bermain dengan anak patung adalah penting untuk kanak-kanak?