Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

alternatif enjin carian

10 alternatif terbaik untuk menggantikan enjin carian Google

‘Google’ sahaja jika mahu mencari sesuatu di atas talian. Kata-kata itu menjadikan Google terus berkembang sehingga masa kini.

Tetapi tahukah anda, bahawa terdapatnya banyak lagi enjin carian lain yang boleh digunakan? Malahan kebanyakan enjin carian ini juga adalah lebih baik daripada Google dalam sesetengah aspek.

Berikut disenaraikan 10 alternatif terbaik yang harus anda cuba ketika melakukan carian di internet;

  1. Bing
    Pada Januari 2020, enjin carian milik Microsoft ini telah melakukan satu per empat (¼) daripada jumlah keseluruhan carian yang dilakukan di Amerika Syarikat. Malah Bing juga telah melakukan program untuk seseorang mengumpul mata ketika melakukan carian. Mata tersebut pula boleh ditebus di kedai Microsoft dan Windows. Ia sememangnya amat menguntungkan pengguna enjin carian tersebut.
  2. CC Search
    CC Search harus menjadi enjin carian pertama anda untuk menjadi sesuatu kandungan tanpa hak cipta. Ia sangat sesuai digunakan untuk mencari gambar, muzik dan video untuk kegunaan blog.
  3. Swisscows
    Enjin carian ini adalah sangat mesra keluarga kerana ia tidak akan memaparkan kandungan lucah. Malah ia juga sangat menghormati privasi pengguna, selain tidak pernah mengesan, menyimpan atau mengumpulkan data anda.
  4. DuckDuckGo
    DuckDuckGo tidak menyimpan atau mengumpul data peribadi anda. Ia dikatakan sebagai pilihan tepat bagi mereka yang ingin merahsiakan tabiat melayari dan maklumat peribadi mereka.
  5. Search Encrypt
    Search Encrypt adalah enjin carian peribadi yang menggunakan enkripsi tempatan untuk memastikan carian anda tetap peribadi. Ia menggunakan gabungan kaedah penyulitan yang merangkumi enkripsi Secure Sockets Layer (SSL) dan enkripsi AES-256. Salah satu perkara terbaik mengenai Search Encrypt ialah ‘kata carian’ anda akhirnya akan lupus, maka carian anda akan tetap rahsia walaupun seseorang mempunyai akses kepada komputer anda.
  6. OneSearch
    Verizon Media telah melancarkan enjin carian bernama OneSearch, pada Januari 2020. Ia juga menjanjikan privasi kepada pengguna dengan tidak menjejaki kuki, selain tidak mengumpulkan data peribadi dan menyimpan sejarah carian pengguna.
  7. Wiki.com
    Wiki.com memperoleh hasil cariannya melalui ribuan wiki di internet. Ia merupakan enjin carian yang sesuai bagi mereka yang mahu mencari maklumat yang terdapat di laman web seperti Wikipedia dan Wikimapia.
  8. Boardreader
    Boardreader harus menjadi pilihan anda jika mahu mencari sesuatu perkara di forum. Ia hanya akan mengeluarkan hasil carian yang terdapat dalam forum di internet.
  9. Ecosia
    Mahu menyelamatkan alam sekitar? Gunakan enjin carian yang mesra alam sekitar ini. Ini mungkin mengejutkan, tetapi carian anda sebenarnya menyumbang kepada penanaman pokok. Ecosia menggunakan pendapatan yang dijana melalui enjin carian untuk menanam pokok. Biasanya mereka hanya memerlukan sekitar 45 carian untuk menanam pokok baharu.
  10. Yandex
    Yandex digunakan oleh lebih 45% pengguna internet di Rusia. Malah ia juga popular di negara seperti Belarus, Kazakhstan, Turki, dan Ukraine.

Baca artikel: Cara bijak untuk membuat kata laluan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!