Undang-undang pelik di luar negara

Undang-undang pelik di luar negara

Bercuti ke luar negara sememangnya aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi banyak perkara yang kita rasa normal di Malaysia merupakan satu jenayah di negara lain.

Ketahui undang-undang pelik di luar negara supaya percutian anda berjalan lancar jika hendak ke sana.

  • Singapura – Menghubungkan perkhidmatan WiFi orang lain kepada peranti elektonik anda merupakan satu kesalahan jenayah. Anda boleh dikenakan denda $10,000 atau hukuman tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
  • Thailand – Memijak wang kertas yang memiliki wajah raja Thai boleh menyebabkan anda dipenjara.
  • Hong Kong – Penggunaan kata-kata kesat adalah dilarang, terutamanya jika berkunjung ke Ocean Park. Mengeluarkan kata kesat kepada pengunjung atau haiwan di taman tema tersebut merupakan satu kesalahan.
  • Korea Utara – Anda dilarang membeli barangan di kedai selain yang telah ditetapkan oleh kerajaan Korea Utara. Malah rakyat tempatan juga tidak dibenarkan berbual dengan orang asing tanpa kebenaran kerajaan.
  • Australia – Mencarut di tempat awam di New South Wales boleh menyebabkan anda dikenakan denda serta-merta sehingga $500 oleh polis.
  • Arab Saudi – Anda akan didenda atau dipenjara jika makan di khalayak ramai pada waktu puasa sepanjang bulan Ramadan.
  • Bhutan – Perbelanjaan minima di negara Bhutan ialah AS$250, termasuk kos pengangkutan, penginapan, makanan dan sebagainya jika anda mahu memasuki negara tersebut.
  • Maldives – Membawa masuk minuman beralkohol di negara tersebut merupakan satu kesalahan jenayah.
  • Cyprus – Makan atau minum ketika memandu walau seteguk air merupakan satu kesalahan dan boleh menyebabkan anda didenda.
  • Greece – Dilarang memakai kasut tumit tinggi jika hendak mengunjungi tempat-tempat bersejarah seperti Odeon of Herodes Atticus di Athens.
  • Itali – Senyum. Anda dilarang membuat muka masam atau berkerut ketika berada di Milan kerana ia boleh menyebabkan anda didenda. Wajah berkerut hanya dibenarkan ketika majlis pengebumian atau di kalangan pekerja hospital sahaja.
  • Denmark – Anda harus memasang lampu kenderaan sepanjang masa ketika memandu, tanpa mengira waktu siang atau malam. Kesalahan berbuat demikian boleh menyebabkan anda didenda.
  • Perancis – Penggunaan sistem navigasi satelit ketika memandu boleh menyebabkan anda didenda sehingga 1,500 Euro.
  • Monaco – Rakyat tempatan tidak dibenarkan berjudi di negara tersebut. Pastikan anda tidak membawa rakyat tempat di sana untuk pergi berjudi.
  • Portugal – Pengunjung ke pantai-pantai di Portugal adalah dilarang untuk kencing sewaktu berada di dalam air untuk memastikan air tersebut selamat untuk kegunaan keluarga.
  • Sepanyol – Pastikan memakai kasut yang bersesuaian ketika memandu. Memakai selipar, sandal, kasut tumit tinggi atau berkaki ayam adalah salah dari segi undang-undang ketika memandu. Kenderaan jenis convertible pula tidak dibenarkan untuk meletakkan barang-barang dapur di tempat duduk belakang.
  • Finland – Memandu laju di negara tersebut boleh menyebabkan anda disaman sehingga AS$12.5 juta, seperti yang dikenakan kepada salah seorang pengarah Nokia pada tahun 2002 kerana kesalahan tersebut.
  • Kenya – Dilarang berbogel di Hutan Simpan Masai Mara kerana ia satu kesalahan jenayah, walaupun ia boleh dilakukan oleh rakyat tempatan di sana.
  • Nigeria – Membawa air mineral atau minuman berkarbonat boleh menyebabkan anda didenda, manakala minuman tersebut dirampas.

Baca artikel: Cara mendapatkan harga tiket penerbangan terbaik

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!