Udang Kong Po

Udang Kong Po

Bahan-bahan:

  • Udang – 350 gram
  • Bawang merah – 80 gram
  • Bawang putih – 10 gram
  • Cili kering – 30 gram
  • Sos manis / sos hitam yong tau fu – 20 gram
  • Sos tiram – 15 gram
  • Kicap cair – 15 gram
  • Kicap pekat – 5 gram
  • Daun bawang – 15 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan udang sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  3. Panaskan minyak masak sebelum mula menumis bahan kisar tadi.
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair dan sos manis.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan udang yang telah dibersihkan tadi.
  7. Masukkan kicap pekat dan gaul semua bahan hingga sebati.
  8. Taburkan daun bawang ke atas udang.
  9. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!