Udang Kam Heong

Udang Kam Heong

Bahan-bahan:

  • Udang harimau – 350 gram
  • Udang kering – 50 gram
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Bawang merah – 5 ulas
  • Cili merah – 2 tangkai
  • Cili padi – 5 tangkai
  • Belacan – 1 sudu teh
  • Halia – 3 inci
  • Serai – 1 batang
  • Daun kari – secukupnya
  • Sos tiram – secukup rasa
  • Kicap – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak sebelum menumis bawang putih, bawang merah dan serai yang telah dihiris halus.
  2. Masukkan udang kering serta sos tiram dan biarkan seketika.
  3. Hiris cili merah, cili padi dan halia sehingga nipis.
  4. Masukkan udang harimau bersama bahan hirisan tadi.
  5. Masukkan belacan, daun kari serta kicap dan gaul semua bahan sehingga sebati.
  6. Biarkan seketika hingga udang masak.
  7. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!