Udang Goreng Mentega

Bahan-bahan:

  • Udang – 1 kilogram
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Daun kari – 1 tangkai
  • Cili padi – 3 biji
  • Susu cair – 5 sudu
  • Telur – 10 biji
  • Mentega – 2 sudu
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan udang sebelum dilumurkan dengan garam.
  2. Panaskan minyak masak sebelum menggoreng udang hingga separuh masuk sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Guna kuali yang lain dan panaskan minyak masak sebelum menumis bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair, daun kari, hirisan cili padi dan garam.
  5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
  6. Kacau hingga sebati sebelum diasingkan ke tepi.
  7. Asingkan kuning telur dan gaulkan ia bersama garam hingga sebati sebelum diasingkan ke tepi.
  8. Gunakan kuali yang lain dan panaskan mentega menggunakan api besar sehingga setengah cair dan masukkan 1 sudu minyak masak.
  9. Perlahankan api apabila mentega cair sepenuhnya.
  10. Kacau campuran mentega dan minyak masak hingga ia membentuk pusaran di dalam kuali.
  11. Masukkan kuning telur yang telah digaul tadi sambil terus mengacau minyak dengan pantas.
  12. Tapis serdak kuning telur tersebut untuk membuang minyak dengan segera.
  13. Gaulkan udang yang telah siap digoreng tadi bersama serdak tersebut.
  14. Udang Goreng Mentega siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Khasiat daun kari yang tidak diketahui ramai

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!