Udang Goreng Cili

Udang Goreng Cili

Bahan-bahan:

  • Udang besar – 6 ekor
  • Bawang merah – 5 ulas
  • Serai – 2 batang
  • Lengkuas – 3 hiris
  • Cili padi – 5 tangkai
  • Cili merah – 3 tangkai
  • Air asam jawa – 3 sudu besar
  • Gula – 2 sudu besar
  • Sos tiram – 2 sudu teh
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak masak sebelum menggoreng udang yang telah dikupas kulit serta dibelah pada bahagian belakang.
  2. Goreng udang sehingga warna kuning keemasan.
  3. Hiris bawang merah, serai, lengkuas, cili padi dan cili merah sehingga nipis.
  4. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.
  5. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan sos tiram.
  6. Gaul semua bahan sehingga sebati dan biarkan seketika.
  7. Tuang ke atas udang yang telah siap digoreng tadi.
  8. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!