Udang Galah Percik

Udang Galah Percik

Bahan-bahan:

  • Udang galah – 3 ekor (bersaiz besar)
  • Serai – 1 batang
  • Bawang merah – 50 gram
  • Bawang putih – 50 gram
  • Halia – 20 gram
  • Cili giling – 50 gram
  • Santan – 100 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Jintan putih – secukup rasa
  • Limau kasturi – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili giling sehingga halus.
  2. Panaskan minyak masak sebelum menumis bahan kisar tadi bersama serai yang telah diketuk sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan bersama garam, gula, jintan putih dan air perahan limau kasturi sehingga cukup rasa.
  4. Kacau semua bahan tadi sehingga sebati dan menjadi sos.
  5. Salutkan udang menggunakan sedikit sos tadi sebelum dibakar sehingga masak.
  6. Hidangkan udang yang telah siap dibakar bersama sos percik.

Baca artikel: Khasiat herba dan rempah ratus

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!