Tip hilangkan bau busuk peti ais

Peti ais anda pasti memiliki pelbagai jenis makanan atau barang basah. Malah mungkin juga terdapat makanan yang telah melebihi tarikh luput. Kepelbagaian ini juga akan mengakibatkan bau busuk dan tidak menyenangkan.

Tetapi bagaimanakah untuk menghilangkan bau busuk pada peti ais anda ini? Bahan-bahan berikut pasti dapat membantu anda menghilangkan bau busuk tersebut.

1. Arang
Arang memang terkenal dengan fungsinya untuk menyerap bau. Apa yang perlu anda lakukan hanya meletakkan sedikit arang di dalam bekas dan masukkannya ke dalam peti ais.

2. Roti
Roti juga mampu menyerap bau busuk. Hanya letakkan beberapa keping roti ke dalam peti ais selama beberapa hari sehingga ia betul-betul kering dan bau busuk pada peti ais anda juga akan hilang.

3. Uncang teh
Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Letakkan sahaja ia ke dalam peti ais kerana ia juga mampu menghilangkan bau busuk.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!