Tidak perlu ke Terengganu untuk makan keropok lekor – Rara Lekor

Rara Lekor

Warga Lembah Klang kini tidak perlu lagi ke Terengganu untuk mendapatkan keropok lekor, satar dan teh ais madu.

Kunjungi Rara Lekor yang terletak di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi atau Sungai Merab, Kajang untuk memuaskan selera Pantai Timur anda.

Rasa keropok lekor yang dihasilkan oleh Rara Lekor ini memang sangat menyelerakan. Lebih nikmat jika ia dimakan panas-panas dengan cicahan sos istimewa Rara Lekor.

Keropok lekor dan sos dengan rasa asli Terengganu serta kualiti yang terbaik ini dihasilkan dengan menggunakan bahan mentah yang dibawakan khas dari negeri Terengganu.

Yang menariknya, mereka juga menyediakan ruang untuk makan dan minum berkonsepkan layan diri. Memang sangat sesuai untuk dijadikan port minum petang.

Selain makan keropok lekor panas-panas, anda juga boleh membeli keropok lekor goreng (vakum), keropok lekor rebus (vakum), keropok lekor cheese (vakum), sos keropok lekor dan popia satar frozen untuk dibawa pulang.

Rara Lekor juga membuka peluang untuk anda menjana pendapatan tambahan dengan menjadi ejen jualan mereka.

Ikuti laman Facebook Rara Lekor dan Instagram @raralekor untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini.

Waktu operasi

Rara Lekor Teras Jernang
Lokasi: Teras Jernang, Bandar Baru Bangi
Masa: 10:00 pagi – 7:00 malam
Cuti: Setiap hari Isnin

Rara Lekor Sungai Merab Luar
Lokasi: PT 8336, Jalan Haji Yusoff, Sungai Merab 43000 Kajang, Selangor.
Masa: 10:00 pagi – 10:00 malam
Cuti: Setiap hari Selasa

Sumber gambar: Facebook Rara Lekor

Baca artikel: Tip hilangkan bau busuk peti ais

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!