‘The Culture 2019’ serlahkan bakat generasi baharu

The Culture 2019

The Culture 2019 yang bakal berlangsung pada 5 hingga 7 Julai 2019 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur merupakan sebuah acara budaya dan gaya hidup untuk seluruh rakyat Malaysia.

Acara ini diadakan untuk memberikan inspirasi buat semua generasi muda untuk menjadikan minat mereka kepada sebuah perniagaan seperti fesyen, kesenian, muzik, sukan, rekabentuk dan pelbagai lagi.

Baca artikel: Taman tema VR terbesar di Malaysia

Dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti persembahan fesyen jalanan, pertandingan papan luncur, pertandingan beatbox, liga bola keranjang, karnival food truck dan pelbagai lagi semestinya menjadi sebuah acara yang berbaloi untuk pergi.

The Culture 2019

Namun persembahan konsert pasti menjadi acara paling dinantikan kerana menampilkan kumpulan Bunkface, Gerhana Ska Cinta, IamNeeta dan ramai lagi yang bakal membuat persembahan.

The Culture 2019

Harga tiket untuk acara The Culture 2019 ini adalah seperti berikut;

  • Tiket Biasa
    Early Bird – RM35.00
    ► Fasa 1 – RM70.00
    ► Kaunter tiket – RM105.00
  • Tiket VIP
    Early Bird – RM65.00
    ► Fasa 1 – RM100.00
    ► Kaunter tiket – RM135.00

Layari laman sesawang theculture.my untuk membeli tiket atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ini.

Sumber gambar: theculture.my

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!