Tayangan teater ‘Siti Di Alam Fantasi’ di Istana Budaya

Siti Di Alam Fantasi

Sebuah teater muzikal kanak-kanak berjudul ‘Siti Di Alam Fantasi’ bakal ditayangkan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 21 November 2019 hingga 26 November 2019.

Siti Di Alam Fantasi mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya-raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh.

Siti Di Alam Fantasi

Bapa Siti, Tuan Malim meraikan harijadi Siti di satu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah tetapi Siti Berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan.

Gergasi Batu membuka rahsia: kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana tujuh keturunan.

Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari geliga milik keturunannya.

Akhirnya, rumah yang tenggelam, timbul semula seperti sedia kala. Pengalaman pengembaraan Siti mengajar Siti menjadi berhati mulia, kesetiaan pengikutnya dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Akhirnya Siti menyedarinya bahawa “selalu berkasih, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selama”.

Antara artis-artis yang terlibat untuk menjayakan teater muzikal kanak-kanak tersebut ialah Janna Nick, Johan Raja Lawak, Abam Bocey, Fizo Omar, Datin Paduka Umie Aida dan ramai lagi.

Harga tiket yang dijual bermula harga RM38 hingga RM108 boleh didapati melalui laman sesawang airasiaredtix.com.

Baca artikel: Doa Dari Kami – Bunyamin

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!