Taman tema VR terbesar di Malaysia

Taman tema VR terbesar di Malaysia

VAR LIVE merupakan taman tema Virtual Reality (VR) terbesar di Malaysia.

Menurut CEO VAR LIVE Global Limited, Steve Ngu, syarikatnya telah melaburkan sebanyak RM6 juta untuk membina taman tema tersebut. Anda bayangkanlah kemeriahan permainan yang boleh didapati dengan nilai RM6 juta itu.

Taman tema VR terbesar di Malaysia

VR atau realiti maya ialah permainan komputer yang dimainkan dengan lebih interaktif dalam persekitaran simulasi.

Taman tema VR terbesar di Malaysia

Dengan keluasan 929 kaki persegi, semestinya ia menawarkan pelbagai jenis permainan yang boleh anda cuba. Malah syarikat VAR LIVE Global Limited juga berharap untuk menyediakan 3-4 jenis permainan baharu setiap tahun untuk menarik minat pengunjung baharu.

Yang paling penting, mereka sentiasa menawarkan harga diskaun dan promosi istimewa kepada para pelanggannya dari semasa ke semasa.

Lokasi: Tingkat 2, MyTown Shopping Centre.
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam.

Layari laman Facebook VAR LIVE untuk maklumat lanjut.

Sumber gambar: Facebook VAR LIVE.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!