Sup Urat Keting

Sup Urat Keting

Bahan-bahan:

  • Urat keting – 600 gram
  • Daging – 200 gram
  • Tulang – 300 gram
  • Perut muda – 150 gram
  • Rempah sup – 1 paket
  • Bawang merah – 5 ulas
  • Halia – 4 inci
  • Kulit kayu manis – 4 batang
  • Bunga lawang – 3 kuntum
  • Jintan putih – 1 sudu teh
  • Jintan manis – 1 sudu teh
  • Buah pelaga – 3 biji
  • Lada hitam – 1 sudu besar
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Rebus urat keting, daging dan tulang sehingga empuk.
  2. Rebus perut muda dalam bekas berasingan sehingga empuk.
  3. Simpan ke tepi air rebusan daging manakala air rebus perut muda dibuang.
  4. Kisar bawang merah dan halia.
  5. Panaskan minyak masak sebelum menumis bahan rebusan tadi bersama rempah sup dan bahan kisar.
  6. Kacau hingga bahan tumis bertukar gelap dan pecah minyak.
  7. Masukkan bahan tumis ke dalam air rebusan daging tadi.
  8. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, jintan putih, jintan manis, buah pelaga dan lada hitam.
  9. Reneh dengan api yang sederhana.
  10. Padamkan api sebelum dihidangkan ke dalam mangkuk.
  11. Hidangan Sup Urat Keting siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Gunakan buah pelaga untuk atasi masalah angin dalam badan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!