Sup Gear Box

Sup Gear Box

Bahan-bahan:

  • Gear box – 1 ketul
  • Cili api – 5 tangkai
  • Serai – 3 batang
  • Bawang besar – 2 labu
  • Halia – 1 inci
  • Daun sup – 2 tangkai
  • Sup bunjut – 2 bungkus
  • Bunga cengkih – 10 gram
  • Bunga lawang – 10 gram
  • Kulit kayu manis – 10 gram
  • Rempah sup – 3 sudu besar
  • Tomato – 1 biji
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Air perahan limau – 1 sudu besar
  • Garam – secukup rasa
  • Bawang goreng – secukupnya

Baca artikel: Khasiat herba dan rempah ratus

Cara menyediakan:

  1. Rebus gear box sehingga dagingnya lembut sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Tumis rempah sup bersama bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar, serai dan halia.
  4. Campurkan air rebusan, gear box, daun sup, sup bunjut, sos tiram, cili api dan air perahan limau.
  5. Biarkan sehingga mendidih sebelum memasukkan garam dan tomato yang telah dipotong empat.
  6. Taburkan sedikit bawang goreng.
  7. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!