Sup Ayam Kurma

Sup Ayam Kurma

Bahan-bahan:

  • Ayam – ½ ekor
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Bawang merah – 3 biji
  • Halia – 100 gram
  • Serbuk lada putih – 1 sudu teh
  • Saderi – 1 batang
  • Cili padi – secukup rasa
  • Serbuk kurma – 1 sudu
  • Ikan bilis – 1 genggam
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak zaitun – secukupnya
  • Air – 500 ml

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ayam sebelum dibuang kulit dan dipotong kecil sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris hingga naik bau.
  4. Masukkan serbuk kurma dan kacau perlahan-lahan sehingga naik bau.
  5. Masukkan ikan bilis dan ayam yang telah dipotong kecil.
  6. Masukkan air, serbuk lada putih dan sos tiram.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga mendidih.
  8. Masukkan cili padi dan saderi yang telah dimayang dan biarkan sehingga semua bahan sebati.
  9. Hidangan Sup Ayam Kurma siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!