Sotong Goreng Ala Thai

Sotong Goreng Ala Thai

Bahan-bahan:

  • Sotong – 350 gram
  • Bawang merah – 80 gram
  • Bawang putih – 10 gram
  • Cili padi – 30 gram
  • Daun limau purut – 15 gram
  • Daun ketumbar – 15 gram
  • Sos ikan Thai – 15 gram
  • Lobak merah – 20 gram
  • Kacang panjang – 250 gram
  • Cili merah – 80 gram
  • Serbuk kunyit – 5 gram
  • Serbuk perasa – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan dan potong sotong mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. Hiris bawang merah, bawang putih, cili padi. daun limau purut dan daun ketumbar sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Panaskan minyak masak sebelum menumis bahan hirisan tadi sehingga warna kekuningan.
  4. Masukkan sotong dan taburkan serbuk kunyit.
  5. Masukkan lobak merah, kacang panjang dan cili merah.
  6. Masukkan garam dan sos ikan Thai.
  7. Masukkan serbuk perasa dan gaul semua bahan hingga sebati.
  8. Biarkan seketika sehingga sotong menjadi masak.
  9. Sotong Goreng Ala Thai siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Ramai yang tidak tahu fungsi 6 makanan ini terhadap kesihatan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!