Soto Banjar

Soto Banjar

Bahan-bahan:

  • Isi ayam – 100 gram
  • Air – 1 liter
  • Daun limau purut – 1 helai
  • Serai – 2 batang
  • Lengkuas – 2 gram
  • Kulit kayu manis – 1 gram
  • Bawang merah – 2 gram
  • Bawang putih – 2 gram
  • Halia – 2 gram
  • Kunyit hidup – 1 gram
  • Buah pala – 1 biji
  • Lada putih – 1 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak – 3 sudu
  • Bihun – 100 gram
  • Begedil – 1 ketul
  • Telur rebus – 1 biji
  • Suun – 1 sudu
  • Daun sup – 1 sudu teh
  • Daun bawang – 1 sudu teh
  • Bawang goreng – 1 sudu teh
  • Sambal kicap – 1 sudu

Cara menyediakan:

  1. Rebus isi ayam hingga setengah masak.
  2. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus manakala lengkuas diketuk dan serai dititik.
  3. Tumis semua bahan-bahan tadi bersama kulit kayu manis, kunyit hidup, buah pala dan lada putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan air, daun limau purut dan isi ayam yang telah direbus tadi.
  5. Biarkan seketika hingga mendidih.
  6. Masukkan garam secukup rasa dan gaulkan hingga sebati.
  7. Hidangkan bersama bihun, begedil, telur rebus, suun, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan sambal.
  8. Soto Banjar siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Magis halia yang sangat mengagumkan terhadap kesihatan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!