Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Featured Video Play Icon

Slash dedikasikan ‘Runtun’ kepada anggota bomba

Setelah sekian lama menyepi, kumpulan Slash yang pernah popular dengan lagu Melodi Kasih kini telah melahirkan single terbaharu mereka yang berjudul Runtun.

Kumpulan berasal dari Kajang, Selangor dan ditubuhkan pada tahun 1994 ini dianggotai oleh Nuar (vokal), Joe (gitar), Jack (bass), dan Alin (drum), kini berada dibawah label Astakona Entertainment.

Runtun

Lagu berjudul Runtun ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar mereka iaitu Joe. Ia diinspirasikan dari kisah pengorbanan anggota bomba yang kehilangan nyawa sewaktu mencurahkan khidmat bakti mereka.

Menggunakan konsep genre Pop Rock dan diselitkan dengan unsur cinta serta melodi yang mudah, akan memudahkannya untuk menjadi siulan anak muda.

“Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan cathcy. Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap permulaan kembara hidup saya dalam industri ini,” ujar Joe.

Video muzik rasmi lagu ini menampilkan Amar Asyraf serta Atikah Nasir, dan diarahkan oleh pengarah terkenal Kas Roshan.

Lagu Runtun ini juga merupakan tanda terima kasih warga seni kepada anggota Bomba Malaysia yang banyak berkorban untuk membantu masyarakat.

Slash juga berharap agar lagu ini diterima ramai dan mendapat penerimaan daripada semua golongan.

Baca artikel: Doa Dari Kami – Bunyamin

Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!