SISTERS tonjolkan hantu legenda Siam

Featured Video Play Icon

Sebuah filem aksi seram berjudul SISTERS arahan pengarah terkenal dari Thailand, Prachya Pinkaew bakal berada di pawagam bermula 1 Ogos 2019.

Cerita ini bermula dengan mengisahkan kehidupan dua beradik yang saling menyayangi tetapi tidak dapat memilih jalan hidup mereka sendiri.

SISTERS

Mereka dibesarkan secara berasingan dengan gaya hidup yang berbeza sehinggalah mereka bertemu kembali.

VEENA terpaksa mengorbankan seluruh kehidupannya untuk melindungi si adik, MORA dari kuasa jahat Ratu Krasue, RATREE.

Adakah mereka akan membiarkan hidup mereka ditentukan oleh nasib?

Dua beradik ini harus mengatasi segala konflik yang berlaku dan menentang kuasa jahat tersebut.

Lupakan segala yang anda pernah dengar mengenai hantu Siam, Krasue kerana SISTERS akan hadir dengan memberikan nafas baharu dan rupa moden yang lebih menyeramkan kepada hantu legenda Siam tersebut.

Baca artikel: Kisah benar di Studio Jalan Ampas yang belum pernah dikongsikan – Showtime 1958

Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!