Singgang Ikan Tenggiri

Singgang Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri – 3 ketul
  • Air – 500 ml
  • Bawang merah – 3 ulas
  • Halia – 1 ¼ inci
  • Lengkuas – 1 ¼ inci
  • Cili padi – 10 tangkai
  • Cili merah – 5 tangkai
  • Tomato – 5 biji
  • Bunga kantan – 1 kuntum
  • Daun kesum – 10 gram
  • Serai – 2 batang
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa

Cara menyedikan:

  1. Hiris bawang merah, halia, lengkuas, cili padi, bunga kantan dan daun kesum sehingga halus.
  2. Potong cili merah dan tomato mengikut saiz yang dikehendaki manakala serai dititik.
  3. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk bersama air dan ikan tenggiri.
  4. Biarkan seketika hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Gunakan api kecil dan biarkan mendidih sehingga ikan masak.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Makan ikan bantu proses awet muda

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!