Singgang Cendawan

Singgang Cendawan

Bahan-bahan:

  • Cendawan abalone – 500 gram
  • Bawang merah – 200 gram
  • Bawang putih – 50 gram
  • Cili merah – 2 tangkai
  • Kunyit hidup – ½ sudu teh
  • Serai – 2 batang
  • Bilis kasar – 50 gram
  • Asam gelugur – 2 keping
  • Daun kunyit – 1 helai
  • Cili padi – 6 tangkai
  • Garam – secukup rasa
  • Serbuk perasa – secukup rasa
  • Air – 2 cawan

Cara menyediakan:

  1. Hiris cendawan abalone, bawang merah, bawang putih dan cili merah mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. Hiris kunyit hidup sehingga halus manakala serai dititik.
  3. Masukkan semua bahan yang telah dihiris dan dititik bersama bilis kasar, asam gelugur, daun kunyit dan cili padi ke dalam periuk yang telah diisi air.
  4. Didihkan sehingga cendawan menjadi lembut.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  6. Kacau sehingga semua bahan menjadi sebati.
  7. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!