Siakap Tiga Rasa

Siakap Tiga Rasa

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap – 1 ekor
  • Nanas – ¼ biji (dipotong dadu)
  • Serai – 2 batang
  • Cili api – 10 tangkai
  • Bawang besar – 1 labu
  • Sos cili – 100 gram
  • Pes tom yam – 50 gram
  • Sos tiram – 50 gram
  • Cili boh – 50 gram
  • Air perahan limau – 2 sudu kecil
  • Gula – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa
  • Air – secukupnya

Baca artikel: Bagaimana untuk menjadikan diri kekal kenyang walaupun makan sedikit?

Cara menyediakan:

  1. Goreng ikan siakap sehingga masak sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan nanas, bawang besar, serai dan cili api.
  4. Masukkan sos cili, pes tomyam, air perahan limau, sos tiram dan cili boh.
  5. Tambah sedikit air dan kacau sehingga sebati sebelum dibiarkan mendidih.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  7. Tuang sos yang telah siap dimasak ke atas ikan yang digoreng tadi.
  8. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!