Siakap Panggang Asam Jawa

Siakap Panggang Asam Jawa

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap – 800 gram
  • Minyak jagung – 3 ½ sudu besar
  • Bawang besar – 1 biji
  • Tomato puri – 2 sudu besar
  • Serbuk jintan putih – 1 sudu besar
  • Serbuk buah pala – ½ sudu kecil
  • Air asam jawa – 20 ml
  • Air limau purut – 1 biji
  • Cili merah – 2 biji
  • Tomato – 2 biji
  • Pucuk paku – 200 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Lada hitam – secukup rasa
  • Gula merah – secukup rasa
  • Susu cair – 100 ml

Cara menyediakan:

  1. Perap ikan bersama ½ sudu besar minyak dan garam serta lada hitam secukup rasa.
  2. Panggang ikan yang telah siap diperap hingga masak sebelum diangkat dan diasingkan ke tepi.
  3. Panaskan minyak jagung di dalam kuali sebelum menumis bawang besar yang telah dipotong dadu hingga naik bau.
  4. Masukkan tomato puri, serbuk jintan manis dan serbuk buah pala.
  5. Tumis semua bahan tersebut hingga pecah minyak.
  6. Masukkan air asam jawa serta air limau nipis dan kacau seketika.
  7. Masukkan cili merah yang telah dihiris, buah tomato yang dipotong dadu dan pucuk paku yang telah siap dicelur.
  8. Kacau perlahan-lahan hingga semua bahan sebati.
  9. Masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa.
  10. Masukkan susu cair dan kacau perlahan-lahan untuk seketika.
  11. Tuangkan kuah yang telah siap dimasak ke atas ikan yang dipanggang tadi.
  12. Siakap Panggang Asam Jawa siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!