Siakap Kukus Kantonis

Siakap Kukus Kantonis

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap – 800 gram
  • Halia muda – 1 inci
  • Daun bawang – 100 gram
  • Daun ketumbar – 100 gram
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Bawang besar – 1 biji
  • Minyak bijan – 1 sudu besar
  • Kicap soya cair – 3 sudu besar
  • Sos tiram – 3 sudu
  • Sos ikan – 1 sudu besar
  • Cendawan enoki – 200 gram
  • Tauge – 100 gram
  • Garam – secukup rasa
  • Lada hitam – secukup rasa
  • Gula merah – secukup rasa
  • Air – 400 ml

Cara menyediakan:

  1. Hiris daun bawang, daun ketumbar dan bawang besar manakala halia dimayang halus dan bawang putih pula diketuk.
  2. Perapkan ikan di dalam mangkuk bersama halia, daun bawang, daun ketumbar, bawang putih, bawang besar serta bahan perasa seperti garam, kicap soya cair, minyak bijan dan lada hitam.
  3. Gaul ikan tersebut perlahan-lahan dan masukkan air.
  4. Kukus ikan tersebut selama lebih kurang 4 hingga 7 minit atau sehingga ikan tersebut masak.
  5. Kukus cendawan enoki dan tauge secara berasingan sebelum diasingkan ke tepi.
  6. Setelah siap dimasak, asingkan ikan dan sayuran tadi untuk mendapatkan kuah kicap sahaja.
  7. Masukkan kuah kicap yang telah siap ditapis ke dalam kuali.
  8. Didihkan seketika sebelum memasukkan sos tiram, sos ikan serta gula merah secukup rasa.
  9. Kacau hingga sebati dan reneh hingga kuah tersebut kelihatan agak pekat.
  10. Campurkan semua bahan yang telah diasingkan tadi bersama tauge serta cendawan enoki dan gaul hingga sebati.
  11. Taburkan semua bahan yang telah siap digaul ke atas ikan.
  12. Tuangkan kuah kicap ke atas ikan tersebut.
  13. Siakap Kukus Kantonis siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Magis halia yang sangat mengagumkan terhadap kesihatan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!