Shawn Mendes jelajah Axiata Arena

Shawn Mendes jelajah Axiata Arena

Penyanyi yang pernah dicalonkan untuk anugerah Grammy, Shawn Mendes akan mengadakan konsert siri jelajah di Asia tidak lama lagi.

Bermula pada tarikh 1 Oktober 2019, Shawn akan mengadakan siri jelajah di beberapa bandar utama di Asia iaitu Bangkok, Singapura, Kuala Lumpur, Jakarta, Manila, Macau dan Tokyo.

Keseluruhan konsert siri jelajah dunia Shawn Mendes pada tahun 2019 ini melebihi 100 hari. Selain benua Asia, konsert siri jelajahnya bakal diadakan di benua Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan New Zealand.

Shawn Mendes jelajah Axiata Arena

Tarikh 5 Oktober 2019 menjadi pilihan untuk Shawn Mendes mengadakan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tiket yang berharga RM258, RM358 dan RM428 akan dijual pada 29 April 2019, bermula jam 10 pagi melalui laman sesawang prworldwidelive.com dan myticket.asia.

Namun peminat Shawn Mendes boleh membeli tiket tersebut dengan lebih awal iaitu pada 25 April 2019, bermula jam 10 pagi melalui laman sesawang ShawnAccess.com atau menggunakan aplikasi ShawnAccess.

Layari laman sesawang shawnmendesofficial.com untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan konsert siri jelajahnya ini.

Sumber gambar: prworldwidelive.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!