Mari pakat serbu ke Semarak Muzium 2020 @MSKOA

Semarak Muzium 2020 @MSKOA

Program Semarak Muzium 2020 @MSKOA akan menampilkan keunikan komuniti Orang Asli dengan kepelbagaian sosio-budaya mereka.

Acara yang akan diadakan pada 14 & 15 Mac 2020 di Laman Istana Satu, Muzium Negara ini akan menampilkan pelbagai aktiviti-aktiviti kebudayaan yang menarik seperti tenunan, arca, masakan, herba dan permainan tradisional. Selain itu, jualan kraf tangan juga akan turut diadakan.

Bengkel dan persembahan boneka turut akan diadakan khas untuk kanak-kanak.

Tujuan program ini diadakan pula bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih luas tentang masyarakat Orang Asli.

Semarak Muzium 2020 @MSKOA yang memasuki tahun keempat pada tahun ini juga adalah untuk meneruskan kesinambungan kesenian dan keunikan budaya masyarakat Orang Asli.

Layari laman sesawang jmm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ini.

Semarak Muzium 2020 @MSKOA

Baca artikel: Khasiat herba dan rempah ratus

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!