Sayur Campur Tauhu

Sayur Campur Tauhu

Bahan-bahan:

  • Kulit tauhu kering – 100 gram
  • Tauhu putih – 300 gram
  • Lobak merah – 50 gram
  • Kubis – 100 gram
  • Halia – 10 gram
  • Suun – 50 gram
  • Bawang putih – 20 gram
  • Sos tiram – 10 ml
  • Minyak jagung – 20 ml
  • Air – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Rendam kulit tauhu kering dan suun.
  2. Potong tauhu putih, lobak merah dan kubis mengikut saiz yang digemari.
  3. Tumbuk bawang putih manakala halia dihiris halus.
  4. Panaskan minyak dan tumis halia bersama bawang putih hingga naik bau.
  5. Masukkan kulit tauhu kering dan suun bersama sayuran yang telah dipotong.
  6. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
  7. Masukkan sos tiram dan gaul sehingga rata.
  8. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!