[Video] Samsung Galaxy Fold berikan kelainan kepada pengguna

Featured Video Play Icon

Sepuluh tahun selepas keluaran Galaxy yang pertama, kini Samsung mengeluarkan model terbaharu mereka iaitu Galaxy Fold. Bukan sahaja sekadar mengubah bentuk telefon, tetapi Samsung  juga bakal mengubah trend telefon pintar pada masa hadapan melalui Samsung Galaxy Fold.

Dengan menggunakan ruang storan 512GB, 12GB RAM dan pemproses Qualcomm SDM855 Snapdragon 855 (7 nm), sudah cukup untuk menandingi keupayaan sebuah komputer.

Tetapi apa yang menarik mengenai telefon pintar yang bakal menemui pasaran pada bulan April 2019 ini ialah ia boleh dilipat.

Paparan skrin bersaiz tablet iaitu 7.3 inci dengan skrin sentuh kapasitif AMOLED semestinya sangat sesuai untuk golongan yang sering melakukan kerja melalui telefon pintar. Namun saiz paparan skrin tersebut bakal berubah menjadi 4.6 inci setelah dilipat.

Oleh kerana paparan skrinnya yang besar, ia membolehkan anda menggunakan 3 aplikasi serentak dalam satu masa.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 2 biji bateri dengan gabungan jumlah kapasiti sebanyak 4,380mAH.

Layari laman sesawang samsung.com untuk maklumat lanjut.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!