Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Sambal Tumis Udang Petai

Sambal Tumis Udang Petai

Bahan-bahan:

  • Udang – 600 gram
  • Petai – 100 gram
  • Cili kering – 15 tangkai
  • Cili merah – 5 tangkai
  • Belacan – 2 cm
  • Santan kelapa – ½ biji
  • Bawang merah – 2 ulas
  • Air asam jawa – 1 sudu besar
  • Bawang besar – 2 labu
  • Gula – 1 sudu kecil
  • Garam – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan udang dan buang kepala serta kulitnya sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Panaskan minyak masak sebelum menumis bawang merah yang telah dihiris nipis sehingga naik bau.
  3. Giling cili kering, cili merah dan belacan sebelum dimasukkan sekali.
  4. Masukkan udang, santan, air asam jawa, gula dan garam.
  5. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan biarkan hingga mendidih.
  6. Masukkan petai dan bawang besar yang telah dipotong bulat.
  7. Biarkan seketika sehingga bawang menjadi lembut.
  8. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!