Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • Tempoyak – 5 sudu besar
  • Ikan bilis – segenggam
  • Bawang kecil – 5 ulas
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Cili padi – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya
  • Air – secukupnya
  • Petai – 5 papan
  • Terung pipit – secukupnya
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan
  2. Kisar bawang kecil, bawang putih dan cili padi.
  3. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan tempoyak yang telah dibancuh dengan air ke dalam bahan tumis.
  5. Biarkan seketika sehingga air agak kering.
  6. Masukkan petai dan terung pipit bersama ikan bilis yang telah digoreng ke dalam tempoyak.
  7. Gaul semua bahan hingga sebati.
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu.
  9. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!