Sambal Ikan Bilis

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis – 300 gram
  • Bawang kecil – 10 gram
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Halia – 1 inci
  • Cili kering – 10 tangkai
  • Bawang besar – 2 biji
  • Air asam jawa – 2 sudu
  • Belacan – 1 inci
  • Gula pasir – 3 sudu
  • Minyak masak – 6 sudu

Cara menyediakan:

  1. Kisar bawang kecil, bawang putih dan halia sehingga halus.
  2. Panaskan minyak masak sebelum menumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering yang telah siap dikisar dan biarkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ikan bilis, air asam jawa dan belacan.
  5. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.
  6. Masukkan gula dan kacau perlahan-lahan sehingga sambal masak.
  7. Sambal Ikan Bilis siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!