Sambal Goreng Tempe

Sambal Goreng Tempe

Bahan-bahan:

  • Tempe – 3 keping
  • Tauhu – 3 keping
  • Ikan bilis – segenggam
  • Suun – 40 gram
  • Minyak – secukupnya untuk menggoreng
  • Cili kering – 10 tangkai
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Bawang merah – 10 ulas
  • Kunyit hidup – 1 ½ inci
  • Air asam jawa – 1 camca kecil
  • Santan – 3 cawan
  • Kicap – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa
  • Cili merah – 2 tangkai
  • Cili hijau – 2 tangkai (dihiris)
  • Bawang besar – 1 labu (dihiris)

Cara menyediakan:

  1. Tumbuk cili kering, bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumis bawang besar bersama bahan yang telah ditumbuk lumat.
  4. Goreng kesemua bahan sehingga naik bau.
  5. Masukkan air asam jawa dan santan.
  6. Biarkan mendidih perlahan-lahan untuk seketika.
  7. Masukkan sedikit kicap.
  8. Masukkan cili merah bersama cili hijau.
  9. Potong tempe dan tauhu kepada bahagian kecil sebelum dicampurkan sekali.
  10. Masukkan ikan bilis dan suun.
  11. Masukkan garam secukup rasa.
  12. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  13. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!