Salad Salmon

Salad Salmon

Bahan-bahan:

  • Salmon – 1 keping
  • Tomato – 1 biji
  • Udang – 2 ekor
  • Salad campuran – secukupnya
  • Herba basil – secukup rasa
  • Herba thymes – secukup rasa
  • Herba lada hitam – secukup rasa
  • Herba paprika – secukup rasa
  • Mustard English – secukup rasa
  • Cuka putih – secukup rasa
  • Minyak zaitun – secukupnya
  • Garam – secukup rasa
  • Lada sulah – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan ikan salmon bersama campuran herba basil, thymes, lada hitam, paprika serta sedikit minyak zaitun.
  2. Perap seketika ikan salmon yang telah siap digaulkan.
  3. Masukkan ikan salmon yang telah siap diperap bersama tomato yang dipotong dua ke dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 180°C.
  4. Gaulkan mustard english, cuka putih, garam dan lada sulah untuk menghasilkan sos.
  5. Siramkan sos yang telah siap digaul ke atas ikan.
  6. Hidangkan juga bersama udang yang telah siap digoreng.
  7. Salad Salmon siap untuk dinikmati.

Baca artikel: Khasiat herba dan rempah ratus

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!