Salad Jagung

Salad Jagung

Bahan-bahan:

  • Jagung – 350 gram
  • Tomato – 1 biji
  • Bawang besar – 1 biji
  • Lada benggala hijau – 1 biji
  • Buah zaitun hitam – 150 gram
  • Jejari ketam – 3 batang
  • Daun bawang – 30 gram
  • Jus limau nipis – 3 sudu besar
  • Minyak zaitun – 4 sudu besar
  • Sos thousand island – 2 sudu besar
  • Cili flakes – 1 sudu besar
  • Herba oregano – secukup rasa
  • Herba thyme – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa
  • Serbuk lada hitam – secukup rasa

Cara menyediakan

  1. Gaulkan jagung yang telah direbus bersama buah tomato, bawang besar dan lada benggala hijau yang dipotong dadu.
  2. Masukkan minyak zaitun dan jus perahan limau nipis.
  3. Masukkan buah zaitun yang telah dihiris bersama dan jejari ketam yang dipotong kecil.
  4. Hiris daun bawang dan masukkan bersama cili flakes, sos thousand island, herba oregano dan herba thyme.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
  6. Gaul rata semua bahan.
  7. Salad Jagung siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Ramai yang tidak tahu fungsi 6 makanan ini terhadap kesihatan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!