Royal Floria Putrajaya 2019 pamerkan pelbagai jenis bunga!

Royal Floria Putrajaya 2019

Royal Floria Putrajaya 2019 merupakan festival bunga dan taman tahunan Malaysia. Acara selama 10 hari yang bermula pada 30 Ogos 2019 hingga 8 September 2019 ini juga dikenali sebagai ‘Mother of all Gardens‘ dan membawa tema orkid dan bonsai.

Dilancarkan pada tahun 2007, acara ini telah berkembang dengan pesat dan sangat besar sehingga telah menarik ramai peserta dari seluruh dunia.

Royal Floria Putrajaya 2019

Disenaraikan sebagai salah satu acara terbesar dalam kalendar Putrajaya, lebih satu juta orang pelancong domestik dan antarabangsa dijangka menghadiri acara ini yang menyediakan 61 lot taman pameran dengan 43 peserta antarabangsa dari 23 negara.

Selain mempamerkan pelbagai jenis bunga, festival Royal Floria Putrajaya juga akan dipenuhi dengan lebih 300 aktiviti menarik. Antara aktiviti yang bakal diadakan ialah demonstrasi susunan bunga, bengkel berkebun, pertunjukan hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air, acara seni & kraf dan banyak lagi.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan acara Royal Floria Putrajaya kerana ia merupakan acara yang anda tidak akan pernah bosan, tidak kira berapa kali anda pergi!

Acara: Royal Floria Putrajaya 2019
Lokasi: Taman Botani Putrajaya
Tarikh: 30 Ogos 2019 – 8 September 2019

Sumber gambar: Malaysia.travel

Baca artikel: Khasiat daun kari yang tidak diketahui ramai


Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!