Rokok punca kulit berkedut

Rokok punca kulit berkedut

Rokok sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Malah ia juga boleh menjadi punca kenapa kulit lebih cepat berkedut.

Pergerakan mulut secara berulangan ketika menghisap dan menghembus asap rokok boleh menyebabkan kemunculan garis-garis halus di keliling bibir.

Manakala radikal bebas daripada asap rokok boleh mengakibatkan struktuk kulit menjadi pecah, selain menyebabkan struktur kulit menjadi lemah dan berkedut.

Kekurangan oksigen yang disebabkan oleh asap rokok pula akan menjadikan kulit lebih lemah berfungsi.

Baca artikel: Bagaimana menjadikan wajah kekal muda secara semula jadi?

Malah rokok juga merupakan punca kepada beberapa penyakit lain seperti jantung, paru-paru, strok dan banyak lagi.

Selain perokok aktif, perokok pasif atau golongan yang menyedut asap rokok basi yang disebarkan oleh perokok juga terdedah kepada risiko untuk mengalami masalah kesihatan.

Oleh itu, berhentilah merokok untuk menjaga kesihatan diri anda sendiri. Jika bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk orang yang anda sayangi.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!